PuchongViral - Properties, Food, Business, Events in Puchong

Gerai Bulatan Puchong Permai Dirobohkan, Jalan Tutup untuk 3 hari No ratings yet.

Majlis Bandaraya Subang Jaya hari ini melaksanakan operasi peruntuhan bangunan atau binaan tanpa kebenaran (gerai) di sepanjang rizab bahu Jalan Taqwa Bulatan Puchong Permai, Puchong dengan kekuatan seramai 200 pegawai dan anggota penguatkuasa MBSJ serta kerjasama daripada agensi lain iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor.

DARO MBSJ FACEBOOK:

Operasi ini dilaksanakan berikutan lokasi tersebut tidak sesuai sebagai tapak penjaja (statik) dan terdapat pelanggaran syarat permit penjaja sementara di mana penjaja membina struktur tetap di atas atas rizab jalan. Pihak Majlis juga mendapati penjaja di kawasan tersebut telah melakukan pelbagai kesalahan yang menyalahi syarat permit penjaja seperti membina struktur kekal, meninggalkan barang perniagaan di tapak, meletakkan kerusi dan meja untuk pelanggan serta tidak menjaga kebersihan. Penjaja juga didapati menggajikan pembantu warga asing dan pemantauan pihak MBSJ turut mendapati terdapat segelintir penjaja yang menyewakan tapak kepada penjaja lain. Perniagaan di kawasan ini telah lama menimbulkan kacau-ganggu lalu lintas dan masalah keselamatan sekali gus menimbulkan rungutan orang awam terutama penduduk setempat.
Selain daripada itu, operasi ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur jalan di Bulatan Persiaran Puchong Permai dengan Jalan Taqwa iaitu pembinaan laluan pejalan kaki berserta pagar yang berukuran 2 meter di bahagian kiri dan kanan, kerja-Kerja pembinaan bebendul jalan (road kerb) dan kerja-kerja turapan semula jalan termasuk penyediaan papan tanda dan garisan jalan.
Dimaklumkan, Jalan Taqwa hingga Bulatan Puchong Permai akan DITUTUP selama 3 hari bagi kerja-kerja pembersihan sebelum projek menaiktaraf dijalankan.

Juga dari MBSJ sebentar tadi:

MAKLUMAN l PENUTUPAN JALAN BAGI LALU LINTAS DI BULATAN PERSIARAN PUCHONG PERMAI HINGGA JALAN TAQWA UNTUK TEMPOH 3 HARI BAGI MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN
Pengguna jalan raya dan penduduk setempat diminta mematuhi arahan ini serta merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif lain bagi kelancaran aliran trafik di kawasan tersebut.

@puchongviral TERKINI : Gerai gerai makanan di Bulatan Puchong Permai dirobohkan hari ini selepas menerima notis. Berita lanjut menyusul. #Puchong #selangor #roboh ♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Please rate this

Please rate this

No ratings yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Total
0
Share